Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Segala puji bagi ALLAH, Tuhan yang satu dan tiada
taranya. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, baginda Nabi Muhammad saw,
keluarga dan sekalian sahabat.
Dalam melayari perjalanan kehidupan, pelbagai keadaan
yang akan kita lalui. Ada suka ada duka. Ada senyum ada tangis. Ya, fitrah
hidup. Ada yang baik, akan ada yang buruk. Ada pertemuan akan ada perpisahan.
Ungkapan setiap pertemuan akan ada perpisahan telah sebati dalam jiwa. Kisah
ini yang ingin aku coretkan. Kisah aku dan teman. Kisah suka dan duka.
Sejujurnya, aku rindu. Sangat rindu akan suasana dalam
kelas. Rindu akan ragam teman yang pelbagai. Ada yang ayu, ada juga yang kasar.
Aku? Cuma insan biasa yang suka melihat senyum insan lain. Aku suka akan senyum
yang terlakar di wajah temanku. Senyum yang membawa pelbagai makna juga rasa.
Aku juga rindu akan segala tugasan yang diberi. Merungut, perkara yang acap
kali aku juga teman lakukan pabila tugas yang diberi terlalu menekan. Ya! Aku
pasti setiap yang bergelar pelajar juga punya rasa seperti ini. Suka atau
tidak, susah atau mudah wajib disiapkan. Itu lumrah hidup pelajar.
Namun, bila semua itu dah berlalu. Rasa rindu kuat
mengetuk jiwa. Meronta ingin diteruskan. Tiada yang mampu mengundurkan masa
tanpa izinNYA. Masa yang berlalu akan terus berlalu tanpa kata. Jadi, kata
pertemuan ada perpisahan sudah lali. Aku juga rindu kepada pensyarah yang
banyak membantu. Setiap dari mereka juga ada bermacam ragam. Walau siapa pun
mereka, mereka tetap insan yang telah memberi ilmu buat aku dan teman. Menjadi
pengganti umi dan abah yang jauh dimata tapi dekat dihati.
Hidup sebagai mahasiswai tidak sama dengan hidup sebgai
pelajar sekolah. Melangkah ke alam yang lebih mencabar ini buat aku rasa diri
terlalu payah. Sukar dalam menyesuaikan hidup yang tiba-tiba berubah. Jauh dari
keluarga. Terpaksa hidup dengan usaha daya sendiri. Namun, teman ini lah yang
menjadi pendamping, yang menjadi keluarga suka duka bersama.
Akhirnya, Semua ini sudah berlalu. Akan melangkah ke fasa
hidup yang baru. Menjadi seorang pekerja kerajaan. Bukan satu perkara yang
mudah. Ada yang kata, kerja kerajaan tidaklah sehebat mana. Bukan hebat itu
yang dipandang. Tapi pandanglah pada jasa dan bakti itu. Sungguh, aku takut
untuk melangkah. Namun, suka atau tidak bukan menjadi persoalan. Aku tetap akan
melangkah selagi ada usia yang berbaki. Doaku, buat sekalian teman. Semoga kita
terus kuat dalam perjuangan ini. Tetap teguh dalam mengharungi hidup ini.
Salam perpisahan buat sekalian teman. Jadikan memori itu
sebagai sebahagian daripada diri. Terus kekal dalam hati tiada dilupa.
InsyaALLAH, Ada usia kita bertemu lagi. Selamat maju jaya ^_^
p/s: semoga dipermudahkan segala urusan, insyaALLAH..
buat sekalian teman.. jumpa lagi bila kita dah berjaya kelak, insyaALLAH..
" sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi.. "
No comments:
Post a Comment