Assalamualaikum w.b.t
Hurm, actually terasa lama sangat tak update entry nie. disebabkan da masa terluang nie, nak kongsi sikit, pengalaman hati yang terguris. perrggh! hehe.. xde lah, nak kongsi pengalaman utk dijadikan ikhtibar aje. Semoga kita semua mendapat HIDAYAH dan PETUNJUK daripadaNya. InsyaAllah. Amin.. :)
..........................................................................................
MasyaAllah sakitnya hati bila berfikir mengikut perasaan. Sebab emosi turut terganggu. ENDING, xleh nk wt keje pape. berfikir pun mcm orang xrasional. betul tak kawan-kawan? Keadaan boleh berubah sebab keadaan kita dulu dgn sekarang dah berbeza. Sebab dulu kita seorang kanak-kanak. Tahap pemikiran masih lagi di peringkat bawah. Tapi sekarang, dah boleh slow-slow faham diri sendiri dan sekeliling. Kalau ikutkan hati, nak aje undur masa jadi kanak-kanak macam dulu. Mintak pe je, umi abah, abg kakak bg. Sekarang pun, mintak pape dapat gak. Muahahaha.. (malu je kan. dah besar, tp still mintak mcm-mcm)..
Alhamdulillah, setakat nie sangat bersyukur memiliki keluarga yang sangat bagus, baik, penyayang dan prihatin dari semua segi. Semoga Allah merahmati kami sekeluarga. Oops! dah panjang lebar melalut rupanya. hehe.. itulah kita nie, kalau cakap pe pun, pegi mana-mana pun dalam hati cuma da keluarga. Sungguh besar Anugerah Allah beri pada kita semua. Bersyukur padaMu Ya Allah..
Berbalik kepada persoalan hati. Bila menjadi seorang pelajar, keadaan kita mmg agak berbeza dengan keadaan bila menjadi seorang perkerja. Walaupun dah genap 1tahun 3bulan 6hari menjadi seorang pekerja, hati masih lagi seperti remaja yang susah nak terima nasib. Contohnya, menangis dengan pe yang berlaku sekiranya xboleh control perasaan, mula menyepikan diri, berani bersuara bila rasa tidak puas ati. pe jenis perangai ni? xboleh ke faham keadaan sikit.. duk diam-diam, ikhlaskan diri dalam setiap hal. Bukan 100% cm gitu kan. So, Alhamdulillah perasaan masih blh dikawal. Kadang-kadang je, 'update kat status facebook'. Biasa lah tu kan, utk lepaskan geram. SMS kawan-kawan senasib. Moral of da story, tingkatkan 'kesabaran' dalam diri. InsyaAllah, try baiki diri.
Paling benci kalau makcik-makcik kepoh wat hal. Menyakitkan hati. Mula lah, kesabaran tercetus kembali. Ape la nasib badan, keje kat sini dapat makcik kepoh. Orang lain ok je, time kita-kita berkira lak. ape jenis manusia cm gini. dah 'makcik', lagi wat hal ke.. Insaf-insaf la wahai makcik-makcik. Bagi hilang mood aje nak bekerja. Kerja yang bagus, elok, happy bila keadaan yg wt kita senang nak bekerja.
Kata orang, betul kita boleh tutup dengan penutup sebab xnak bagi air tumpah. Tapi, mulut orang xde penutup kan. Kita xdapat nak tutup. So, kita biarkan je mulu-mulut orang tu. Penat nanti diam le diaorang.
Bila hati menguasai perasaan, emosi turut terganggu..
Jarum jam dah mula nak hampir 4.30pm. Jom HEBOH kat depan mesin PunchCard. haha. Buruk tul perangai hari nie. Nie la keadaan bila perasaan dah mempengaruhi EMOSI. Semoga hari nie, xkan berlaku pada masa-masa akan datang. Ending, jangan pilih kasih bila berkawan, xkira la orang tu mcm mana pun, kita tetap kita yg sentiasa dilihat olehNya sentiasa. Ubah perangai ke arah lebih POSITIF. Semoga ari-ari sblm nie, menjadi ikhtibar pada diriku dan yg lain. Amin..
No comments:
Post a Comment