Assalamualaikum wbt,
Segala puji hanya buat Allah swt dan selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw (^__^)
Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram di dalam Islam.
Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi
Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan
langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka
janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah
kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan
ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah:
36)
Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah,
Zulhijjah, Muharam dan Rejab.
Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini
kecuali jika mereka diugut.
Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh
Abi Daud bahawa Nabi (صلى
الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di
bulan-bulan Haram.
Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tiada
satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam
bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.
Diriwayatkan daripada Sayyiduna Anas bin Malik رضي الله عنه
beliau berkata: Adalah Rasulullah صلى
الله عليه وآله وسلم
apabila telah masuk bulan Rejab, Baginda صلى
الله عليه وآله وسلم
berdoa: Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rejab
dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. (HR Imam Ahmad,
ath-Thabarani dan lain-lain)
No comments:
Post a Comment