Monday 1 October 2012

Dugaan Allah itu Hebat...

Alhamdulillah.. 
masih mampu mengawal akal dengan baik.. sesungguhnya dugaan Allah itu hebat, tak kira apa pun.. sama ada baik atau buruk.. kerana Dia sentiasa akan menguji kita..

Bila kita di duga... bersyukurlah, kerana Allah masih lagi memandang kita walau dalam keadaan begitu.. kita rasa teruk? tak adil? siapa kita kalau empunya segalanya milik Dia.. kita ada tempat mengadu bukan?

Apa guna melayan kesedihan itu bersama lagu cinta yang berunsur kecewa, kenapa tidak kembali pada Tuhan pencipta kita? kalau kita putus cinta katakan, bersyukurlah... sekurang-kurangnya kita tahu siapa dia. Mungkin ada yang sedia menanti kita... cuma kita tak tahu siapa..

Jodoh.. 
walau terpisah beribu batu sekalipun pasti bertemu juga... bak kata orang tua, ikan di laut.. asam di darat, dalam periuk bertemu juga. Begitu jugalah jodoh Allah.. pastikan cinta dan hati kita itu benar-benar untuk orang yang memahami apa ertinya cinta.. cinta kepada Allah, Rasul.. ibu bapa dan diri sendiri... tak perlu bersedih.. kuatkan semangat... hati adalah teman terbaik kita... pujuk lah hati..

No comments:

Post a Comment