Kawan Ketawa Bersama Atau Kawan Ketawakan Kita?
Dah lama aku nak tulis pasal ni cuma belum sampai mood yang
sesuai. Cerita tentang kawan sejati, kawan ketawa dan menangis.
Proses mencari kawan sejati ni sebenarnya bukan mudah. Ramai
yang nampak sincere nak berkawan, lebih-lebih lagi kalau kita ada duit, jam
tangan yang ada game, boot bola, raket tennis atau gitar dll.
Sekarang bila dah berumur sikit dan aku fikir semula, baru
nampak dengan jelas tentang orang yang
dulunya aku kategorikan sebagai kawan ni.
1. Like good good – Ini jenis yang sombong, mungkin sebab latar
belakang keluarga yang sedikit atas daripada yang lain. Masa sekolah diorang ni
bukan kepala pun, lebih kepadafollower je. Bila dah berjaya dalam hidup, orang
macam ni jadi lebih sombong hinggakan nak duduk berbual dengan orang kebanyakan
ni jadi malu besar, takut geng-geng sombong yang lain nampak. Jatuh la pulak
imej nanti. Kalau berbual pun cuma 2-3 patah perkataan je, kalau kita bagi pendapat
dia anggap macam sampah je.
2. Gangster kampung – yang ini juga sejenis follower kepada
geng-geng yang kononnya kontrol sekolah. Bila time bergaduh mesti panggil geng,
duduk depan sekali. Cakap kuat-kuat, tolak dada orang pastu lari ke belakang supaya
geng dapat cover. Belasah sesiapa yang dia tak puas hati. Kalau berjalan sorang
ke bandar, dia jadi takut. Mana lah tahu kena hentak dengan orang yang tak puas
hati. Sampai ke tua pun perangai berpuak ni tak habis. Bercerita dengan geng
macam dialah hero.
3. Nerd – Ini biasalah, orang baik, mat study, mat surau atau mat
belia. Derang ni selalunya tak campur hal-hal geng, cuma concentrate belajar
je. Selalunya orang jenis ni berjaya dalam hidup. Aku tak berkawan dengan
diorang bukan sebab diorang ni tak terima aku.. aku yang malu sendiri sebab tak
leh beat diorang. (Orang macam ni elok dijadikan kawan sejati).
4. Ordinary – Orang biasa. Bukan orang kaya, bukan budak nakal,
bukan juga scorer. Orang jenis ni yang paling ramai, jadi kalau nak memilih
kawan tu kena berhati-hati sebab di kalangan orang macam ni pun kadangkala ada
yang berhasad dengki, back stabber dan pencuri!! Cuma kita kena ingat, tak
salah untuk jadi ordinary atau berkawan dengan orang jenis ini.
5. Leader @ “Kepala” – Mereka selalunya jadi ketua kumpulan samada
dilantik secara tak rasmi atau melantik diri sendiri dengan kuasa veto. Umpama
semut menghurung gula, orang jenis ni akan selalu diiringi oleh follower walau
ke mana sahaja dia pergi. Ramai yang hanya berada di kalangan kepala supaya tidak
diganggu dan juga supaya dapat dikenali kerana bersama dengan orang terkenal.
CIRI-CIRI SAHABAT SEJATI
· Jika kita
menjadikan dirinya sebagai seorang sahabat yang sejati, dia akan membalas
persahabatan tersebut dengan baik.
· Jika kita berbakti
kepadanya, dia akan melindungi diri kita.
· Jika kita
memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan sedia menghulurkan pelbagai jenis
bantuan yang terdaya olehnya.
· Jika kita
menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan sudi menerimanya dengan
tangan yang terbuka luas.
· Ketika dia
menerima sesuatu kebaikan dan kebajikan daripada kita, dia akan menghargai
pemberian tersebut dan sentiasa menyebut-nyebut kebaikan kita.
· Jika dia terlihat
sesuatu yang tidak baik pada diri kita, dia akan segera menutupnya.
· Jika kita
mendiamkan diri kerana menghadapi sesuatu masalah, dia akan segera mendampingi
kita untuk berkongsi masalah tersebut.
· Jika sesuatu
bencana atau musibah datang menimpa diri kita, dia akan membantu meringankan
beban yang kita pikul
· Jika kita berkata
sesuatu kepadanya, dia akan membenarkan kata-kata yang kita lafazkan.
· Jika kita
merancang sesuatu, dia akan sedia membantu kita merealisasikan rancangan
tersebut.
· Jika kita berselisih faham dengannya, dia
lebih cenderung untuk mengalah demi menjaga kepentingan persahabatan.
No comments:
Post a Comment