KEBERKATAN DAN KELEBIHAN HARI JUMAAT
Begitu besarnya hikmah hari Jumaat atau dalam bahasa Arabnya
“Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’.
Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu
(melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama
jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan.
Pada waktu inilah nilai manusia itu sama, yang membezakannya hanyalah iman dan
takwa terbit tanpa disedari. Oleh hal yang demikian itu, hari Jumaat dikatakan
hari untuk umat Islam berkumpul, memanjatkan doa serta membuat pelbagai amal
kebajikan untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah S.A.W.
PENGHULU SEGALA HARI
Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya
hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari,
bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala
hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat
Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu
(diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga,
padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah
mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka
perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat.
Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan
lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.
MALAIKAT TURUN KE BUMI
Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W mengutuskan
malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat
akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan
dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.
Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka
bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak,
berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan
mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali
ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang
masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku,
sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”
KESIMPULAN
Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang
hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku
catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat
selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak
direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang
hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
No comments:
Post a Comment