Setiap kedip mataku Ya Allah,
Aku bersyukur atas nikmat ini.
Namun banyak orang melihat,
Tetapi hakikat sebenarnya mereka buta.
Setiap tarikan nafasku Ya Allah,
Aku bersyukur atas nikmat ini.
Banyak orang mencium,
Tetapi tidak mampu menghidu syurga Mu.
Setiap suara yang kudengar Ya Allah,
Aku bersyukur atas nikmat ini.
Banyak orang mendengar,
Tetapi pekak untuk mendengar amaran Mu
Setiap degup dan detik jantungku Ya Allah,
Aku bersyukur atas nikmat ini.
Banyak orang hidup,
Tetapi mati pada Imannya.
Akhirnya Ya Allah,
Jangan Kau cabut rasa syukurku ini dari hatiku,
Yang dapat membuatku buta menilai kebesaran Mu,
sukar mencium syurga Mu, pekak mendengar amaran Mu
dan mati Iman ku pada Mu Ya Allah.
Alhamdulillah, ari ni 14.2.2012 genap setahun aku bekerja di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). InsyaAllah, dipermudahkan segala urusan. Semoga Allah merahmati hidupku di dunia & di akhirat. Terima kasih seikhlas hati buat kawan-kawan yang banyak menolong & jasa korang semua xdapat dibalas dgn wang ringgit.
No comments:
Post a Comment