Monday, 30 January 2012

UMUR ADALAH JUMLAH YANG TIDAK AKAN MENURUN



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sukar sekali tangan ini ingin menulis pada entri kali ini. Entah mengapa soal umur begitu menjadi topik pemikiran di minda ini. Entah mengapa hati terlalu berdetik dan memikir soal-soal yang sensitif dengan umur. Inilah sifat fitrah yg ada dlm diri manusia. Siapa pun anda, sebenarnya anda pasti bertanya pada diri anda ke manakah anda akan bawa kehidupan ini?

Mungkin kehidupan anda bermula dgn permulaan yg baik, penuh dgn kegembiraan dan kejayaan demi kejayaan yg anda kecapi. Pelbagai nikmat anda dapat sepanjang kehidupan kita. Tetapi bagaimana pula dgn pengakhiran? Adakah ianya juga konferm akan berakhir dgn baik? Sukar utk dijawab kan. Hanya hati dan iman yg mampu menjawapnya.

Umur adalah jumlah yg tidak akan pernah berkurang. Setiap tahun umur akan meningkat. Kulit semakin lama akan hilang tegangnya. Wajah yg cantik akan hilang serinya. Sihat akan bertukar menjadi uzur. Namun bagaimana dgn amal pula? Adakah ianya matang seiring usia yg meningkat? Aduh! Sukarnya menjawab persoalan ini.

No comments:

Post a Comment