Terlalu lama tidak menghiasi blog daif ini daripada coretan
yang boleh
memperingatkan diri ini dan para pembaca.
Sama ada dengan sedar atau tidak, masa tetap berlalu pergi.
Meninggalkan corak – corak benang kehidupan bahagia, sengsara, gembira dan
duka.
Kesengsaraan akan hilang apabila datangnya kebahagiaan. Begitulah sebaliknya.
Lantas, cuba kita bertanya ke dalam jiwa kita…
Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari daripada kita
dengan hujan yang lebat. Kita tertanya-tanya, apa salah kita sehingga
disembunyikan daripada suria yang cantik itu. Setelah kesedihan, hujan
berhenti, Rupa-rupanya Allah nak tunjukkan pelangi yang indah kepada kita.
Rasulullah (saw) bersabda :
Kebaikan yang paling cepat memperoleh ganjaran pahala ialah kebajikan dan silaturahim. Dan kejahatan yang paling cepat mendapat hukuman ialah kezaliman dan memutuskan hubungan kekeluargaan.
(Hadith Riyawat Ibnu Majah)
Kebahagiaan yang bagaimanakah yang tidak akan pupus
sekalipun ribut kesengsaraan tiba-tiba menyusul? Kebahagiaan tergantung pada
apa yang dapat anda berikan, bukan pada apa yang dapat anda peroleh.
Kebahagiaan yang bagaimanakah yang tidak tergoyah sekalipun dilanda getaran ujian yang hampir sahaja membinasakan diri?
Sebab utama tidak bahagia dalam hubungan cinta, bukanlah
kerana mereka tidak dicintai. Mereka dicintai, tapi dicintai dengan cara yang
salah. Bahagia adalah keseimbangan. Tidak ada keseimbangan yang mampu dicapai
tanpa penyesuaian. Kebahagiaan masa depanmu yang panjang itu, sangat bergantung
kepada kemampuanmu untuk menemukan kebahagiaan di dalam dirimu.
No comments:
Post a Comment