SALAM & SELAMAT SEJAHTERA SEMUA
Weehuu.. Off to 'baca novel'. Pagi tadi, sampai ofis je. on komputer. kemas meja sikit. checklist pe yg patut, xde pe nak wat. Cik Ariff ( Pegawai tempat amie merangkap bos amie) pun xde bagi keje lagi, blh la nak layan novel ni kejap. layan novel sampai xtgk org sana sini. Cik Ariff datang suh draft Maklumat Surat Masuk dr system espdm kpd manual excel. dgn segera menerima arahan. tinggal kjp. jampi2 kat EXCEL. siap sudaa, amie dgn pe yg Cik Ariff mintak. ^_^ . sambung layan novel. kak liza sempat menyinggah kat dpn meja, intai pe amie buat. tgk2 duk bc novel. dh kegemaran kan. nak wat cne. kak liza kata, kalau dia. mau bape lama nak abiskan novel tu. ayooyo~ xkan lama kak, kalau dh minat. kejap aje dh abis. tup3.. Alhamdulillah lebih kurang kul 1.30pm tadi, dah selesai abiskan novel Bini Aku TOMBOY Ke ? best. itu je leh ckp. kat ofis pun jadi kan. bkn pe. xsanggup nak tggu ending dia. xsampai dua ari, dah abis. romantik, sedih, hapy. semua da dlm novel nie. wah! hehe. Kalau korang nak tau, leh bc serba sedikit kat entry ni. nak citer pnjang lebar, amie xpandai sangat. hehe. anyway, selamat membaca. amie lak nk intai novel mana lak nak baca. next week nak borong byk sikit.. :)
Seorang Hawa yang berperwatakan seperti Adam, mencari erti sebenar fitrah semula jadinya. Sofi Zarill Muhammad yang lebih selesa membahasakan dirinya sebagai Zack dan berpenampilan seperti lelaki: rambut pendek, cap, t-shirt dan seluar jean.
Perjalanan hidupnya bermula apabila dia ketandusan seorang diri di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur. Nasibnya baik apabila bertemu dengan Abang Din, pelayan di sebuah kedai makan yang sudi membantunya sementara mendapatkan bantuan. Menumpang sementara di rumah Abang Din di “Sting Garden” (setinggan) membuahkan suatu perasaan yang selama ini tidak pernah terdetik di hatinya tatkala dia bersama kaum Adam. Bagaikan ada arus eletrik yang menjalar di segenap urat sarafnya tatkala berdekatan dengan Abang Din. Malah, Abang Din turut sama merasainya, hingga menimbulkan kekeliruan di hati lelaki itu. “Ish, takkan aku ni gay kut?”
Pulang semula ke pangkuan keluarga dan menguruskan butik sendiri, membuahkan rindu dendam yang tidak tertanggung terhadap Abang Din, hinggakan Azim disangkakan Abang Din. Zack mula keliru dengan pendiriannya sebagai seorang yang macho. “Aku ni dah jatuh cinta ke?”
Bimbangkan perlakuannya yang agak kelelakian itu, membuatkan mama Zack (Datin Mas @ Datin Gold) ingin menjodohkan Zack dengan Azim, teman sepermainannya sedari kecil lagi. Namun Azim dipandang tak ubah seperti sahabat karibnya dan tiada langsung sebarang “feeling” terhadap Azim. Tambahan pula Azim adalah playboy tersohor dengan ayat-ayat jiwanya yang mampu mencairkan hati setiap wanita, kecuali Zack. “Aku dengan kau, Zack? No way, beb!”
Payah ni! Tomboy dan playboy…. Bagaimanakah kesudahan perjalanan hidup Zack? Dapatkah dia mencari fitrah semula jadinya? Dapatkah dia melepaskan rindu dendamnya pada Abang Din? Bagaimana pula dengan Abang Din? Sampai bila dia dikepung dengan kekeliruan? Azim pula? Sampai bila dia akan menjadi playboy tersohor?
Segala persoalan bisa terjawab di dalam… BINI AKU NI TOMBOY KE?
p/s :
sesiapa nak baca kisah novel nie tanpa beli. nak baca free la kononnya. Haha. kawan-kawan boleh pegi layan novel kat entry nie :
http://biniakutomboyke.blogspot.com/.. SELAMAT MEMBACA :)
No comments:
Post a Comment